Recent twitter entries...

Tahukah anda tentang Wimax?

Buat masa ini rangkaian (coverage) Wimax di Malaysia ini masih terhad.

Dan berikut adalah pakej-pakej yang disediakan:

plan_home

plan_office

pakej Plus ini hanya (RM99 sebulan). Tapi perlu diingatkan sekali lagi, coverage wimax di Malaysia ni belum lagi meluas.Semak coverage anda di sini:

http://www.p1.com.my/wimax/coverage_ref.aspx

Kalau tak percaya yang saya kata Wimax ni Ok, sila lihat speed test yang ini..


speed wimax

Jika anda nak cuba produk Wimax ni, boleh sahaja. Pergi daftar dengan reseller terdekat dan tak perlu bayar apa-apa. Bayaran perlu dibayar apabila bil pertama dihantar kepada anda. Ada lah caj-cajnya. Ini standard seperti mana Streamyx. Tapi, jika anda daftar dan bila cuba coverage tak ada, anda boleh pulangkan balik dalam masa 15 hari.

Jika ada coverage dan anda dah guna, tapi tak nak teruskan, anda boleh pulangkan dalam masa 15 hari dan anda akan dikenakan sedikit caj mengikut kadar yang telah anda guna.

Seperkara lagi, alat produk ini memang besar (bukan besar sangat). Ini alat dia:

wimax_modem

Alat ni BUKAN USB, dia pakai Ethernet Cable dan perlu tenaga elektrik (guna power adapter). So saya rasa ini satu kekurangan lah sebab sedikit sukar nak dibawa travel sebab perlu pakai power. Berbeza dengan alat broadband lain, cuma USB atau kad tanpa perlu power yang khas untuk berfungsi.

Tapi yang best adalah, kalau anda nak guna untuk banyak komputer, anda perlu pakai hub. Wimax ni dia macam Streamyx dan bukan macam 3G yang amat susah nak kongsi ramai-ramai walau pun ada alatnya (tapi mahal).

ps. Oh ya, sebelum anda keliru, Wimax bukan pakai line telefon, tapi Wireless seperti 3G Celcom Broadband. Cuma ia lebih hebat lagi berbanding 3G. ;)

Comments (0)

Post a Comment