Recent twitter entries...

Linksys Wireless-G Broadband Router - WRT54G2

Kat sini Nahies nak perkenalkan 1 alat yang dinamakan Linksys Wireless-G Broadband Router - WRT54G2. Apa benda ni???=). Sebenarnya peranti ini adalah sebuah perkakasan wajib untuk setiap rumah yang akan menggabungkan rangkaian berwayar dan tanpa wayar. Jika anda ada menggunakan talian jalur lebar (broadband) DSL peranti ini akan bertindak sebagai laluan yang akan menyambungkan seluruh isi rumah kepada internet.

Ia akan mengendalikan setiap komputer atau komputer bimbit di samping memantau aliran internet dalam rangkaian di rumah anda. Modem akan disambung kepada router ini dan komputer lain disambungkan kepada port yang disediakan atau disambungkan menerusi tanpa wayar.

Dari apa yang Nahies baca adalah lebih baik komputer biasa disambung secara berwayar dan komputer bimbit disambung secara tanpa wayar. Pemasangan adalah mudah dan cepat. Pasang kepada modem dan komputer; pasang perisian tertentu dan akhirnya anda boleh mencapai menerusi tanpa wayar dengan cepat dan mudah.

Ciri baru perlindungan Wi-Fi mudah dikonfigurasi dan ia dilindungi oleh WPA2 yang melindungi data anda dengan enskrip 256-bit. Router ini juga bertindak sebagai pelayarn SHCP, Firewall SPI, menyokong VPN dan penapis pengguna internet. Segala konfigurasi dilakukan menerusi antaramuka berasaskan pelayan. Dengan Linksys Wireless-G Broadband Router anda boleh berkongsi capaian internet berkelajuan tinggi, pencetak, fail dan permainan multipemain.
Apa Pro n consnya alat ini???
Positif – mudah pasang dan mudah guna
Negatif – tidak serasi dengan peranti tertentu
Penilaian – 8/10

Comments (0)

Post a Comment