Recent twitter entries...

Internet dengan broadband dan 3G

Perkembangan dunia Internet yang semakin pesat menjadikan semakin ramai di kalangan penduduk Malaysia memasang akses internet ke komputer masing-masing.

Kesedaran berkaitan dengan internet ini didorong oleh kelebihan yang boleh diperolehi melalui internet. Kelebihan internet ialah untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan, mencari sumber rujukan dan informasi, perniagaan internet, internet banking, pembayaran bil dan membeli tiket, hiburan, sosial dan sebagainya.

Pelbagai cara penyambungan akses internet ke komputer anda boleh dilakukan. Antaranya menggunakan talian tetap rumah anda seperti TMnet Streamyx dan Jaring. Selain itu, anda juga boleh menggunakan akses Internet secara wireless atau tanpa wayar.

Satu lagi alternatif yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan akses Internet ke komputer anda ialah menggunakan perkhidmatan 3G . Ia sesuai digunakan bagi mereka yang tidak mempunyai talian tetap di rumah atau mereka yang selalu melakukan kerja-kerja luar dan memerlukan akses internet.

celcom_3g.gif

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu menggunakan telefon bimbit anda atau menggunakan “data card” yang boleh diletakkan terus ke dalam komputer bimbit anda. Data card hanya untuk laptop manakala telepon bimbit boleh disambungkan sama ada ke PC atau laptop.

Telepon bimbit yang sesuai digunakan untuk kaedah ini ialah telepon yang ada 3G dan mempunyai bluetooth atau sekurang-kurangnya handphone 3G yang mempunyai kabel yang boleh disambungkan ke komputer.

Salah satu syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan akses Internet menggunakan perkhidmatan 3G ini ialah CELCOM. Sila rujuk laman wb CELCOM untuk maklumat lanjut.

Celcom kini telah mengeluarkan produk broadband untuk akses internet dengan lebih laju. Terdapat pelbagai pilihan pakej yang disediakan oleh Celcom. Untuk maklmat lanjut sila lawati laman web rasmi Celcom.

img01.jpg

Langkah-langkah melakukannya :

  1. Daftarkan talian telepon anda dengan perkhidmatan 3G Internet. Pastikan anda mendapatkan perkhidmatan secara pakej. Kini anda juga boleh memilih perkhidmatan Broadband untuk akses yang lebih pantas.
  2. Seterusnya, sambungkan telepon bimbit (handphone) anda dengan PC atau laptop. Lakukan setup untuk sambungan “dial up” di antara PC dengan handphone anda.
  3. Setelah “dial up” antara PC dengan handphone anda berjaya, anda sudah boleh melayari internet dengan menggunakan Internet browser seperti Internet Explorer atau Firefox.
wahh3..canggih betul penggunaan broadband nikan???kini akses maklumat hanya dihujung jari dgn broadband.=)

Comments (0)

Post a Comment