Recent twitter entries...

Celcom Vs Maxis


kalau nak difikirkan pening kepala dibuatnya untuk memilih..=).jd untuk memudahkan anda disini saya ingin membuat sedikit review tentang kelebihan dan kekurangan kedua-dua rangkaian broadband ni...Sebenarnya mana satu lebih bgus? Celcom atau Maxis?

Baiklah, kita mula dgn celcom dahulu.

Kelebihan
1. Coverage yang meluas


Bagi Nahies, Celcom mempunyai coverage yang meluas. Maksud Nahies di sini bukan coverage hanset korang tu, tapi coverage untuk broadband ni. Sebagai contoh, di Kuching Sarawak, pihak Celcom telah mengupgrade network dorang ke HSDPA network. Korang tahu apa itu HSDPA? HSDPA atau lebih dikenali sebagai 3.5G, merupakan network yang membenarkan korang untuk surf internet sehingga boleh mencapai 3.6Mbps. Kalau 3G biasa, kita hanya boleh capai dalam lingkungan 384kbps sahaja. Slow banyak berbanding dengan HSDPA.

2. Takde kontrak 18 bulan

Salah satu lagi kelebihan Celcom broadband ni adalah, korang tak terikat dengan mana-mana kontrak pun. Maksudnye, kalau korang tak suka gune Celcom broadband tu dah, korang boleh unsubscribe bile-bile masa pun. Orang tak marah korang punya sebab tu kan duit korang. Kalau Maxis? Hmm… bayar la korang tiap-tiap bulan RM68 atau RM138 even korang tak gune internet. Sebabnye, kalau ngan Maxis, korang wajib dan mesti kene bayar sehinggalah tamat kontrak selama 18 bulan. Banyak tu…

3. Bandwitdh yang besar

Celcom punye bandwitdh adalah 5Gb untuk setiap bulan. Maksudnye, korang boleh surf internet tanpa had masa sehinggalah size file yang korang surf selama sebulan tu mencapai 5Gb. Kalau dah sampai 5Gb, maknanya tunggu je la speed korang nak kne reduce hehe. Kalau macam Maxis, ciput je die punye bandwitdh yang dibenarkan. Iaitu hanya sebanyak 2Gb. Kalau korang ni kaki download, usah la korang terbayang-bayang, termimpi-mimpi untuk pkai Maxis ni, streamyx kan ada?

Kelemahan
1. Perlu modal yang agak besar
Kalau korang nak gune Celcom broadband, korang kene la beli modem die yang mahal tu. Harga dalam RM300 ke atas je. Jika dibandingkan dengan Maxis, die bagi sekali ngan device and tu sebab korang terikat ngan kontrak 18 bulan tu. Tapi 18 bulan tu bukan sekejap cik oi…

2. Menggunakan IP yang sama
Seperti yang diketahui umum, Celcom menggunakan IP yang sama untuk semua pelanggan nya. So kalau nak download dari rapidshare, mmg agak susah skit. Tapi jgn risau, pelanggan Maxis pon hadapi masalah yang sama

Kelebihan
Bagi Nahies, Nahies tak jumpa apa-apa lagi kelebihan kat Maxis. Yang Nahies tahu Maxis banyak kelemahan dari kelebihan. Cuba korang taip Kelebihan Maxis Broadband kt google, confirm korang tak jmpa. Sbab orang lebih ske pkai Celcom dri Maxis.

Kelemahan
1. Harga yang lebih mahal

Jika dibandingkan dgn Celcom, harga Maxis lebih mahal. Maxis lebih mahal kerana disertakan dgn modem, tetapi perlu membayarnya sehingga 18 bulan. Sebagai contoh :

Celcom sebulan rm98 (3.6mbps) + modem rm310 = rm408
Maxis sebulan rm138 (3.6mbps) + free modem (18 bulan kontrak) =138

18 bulan kemudian, jumlah yang anda bayar :

Celcom - rm98 kali 18 = rm1764
rm1764 + modem rm310 = rm2074

Maxis - rm138 kali 18 = rm2484

2. Speed yang tidak stabil
Kebanyakkan pengguna yang menggunakan Maxis, mereka selalu mengadu speed yang tidak stabil. Ni salah satu kelemahannya. Kalau korang tak percaya cuba try tanya forumer yang pkai Maxis, tak pun taip je kt google, Maxis Broadband problem. Confirm korang jumpa.

Nahies rasa ni la masalahnya yang ada setakat ini. Nahies malas lgi nk list byk-byk, takut-takut smpai besok pun Nahies tak abes nak listkan

Sebenarnya ada kelemahan dan kelebihan untuk kedua-dua syarikat ni. Ada yang kata bagus ada yang kata sebaliknya. Tepuk dada tanya selera.

Comments (0)

Post a Comment