Recent twitter entries...

Ape itu Broadband????



Masih ramai lagi yang tidak tahu apa itu broadband..Di sini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang broadband ni supaya pembaca dapat tahu ape sebenarnya broadband..

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ’suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (’suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

Internet jalur lebar

Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet Jalur Lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengahInternet service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (Bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.

Diharapkan pembaca sudah kenal apa itu broadband.=)

Comments (0)

Post a Comment